Sabtu, 17 November 2012

AKIBAT MENINGGALKAN SHOLAT


AKIBAT MENINGGALKAN SHOLAT





Assalamu'alaikum Wr. Wb. ...
 
   Berikut ini merupakan sebuah kisah yang didapat dari rekan saya ...
   Insya Allah bermanfaat dan bisa kita jadikan ibrah (pelajaran).
 
            Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan
mayat orang Islam di hospital.



            Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah.Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiab saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh,namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi? Semakin lama dia semakin
 hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.
            "Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." Kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah  tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?" tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Mak cik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. 



Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, pertuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yangustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi . Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa punwanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.

            Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar
dalam ingatan saya. Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 Btahun.
Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana 1 hari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun ?

   
Wallahu'alam ...
 

   Bila di dunia ada syurga,
   maka itulah kehidupan rumah tangga yang sakinah mawaddah wa rahmah.
   Bila di dunia ada neraka,
   maka itulah kehidupan rumah tangga yang tak selaras & jauh dari agama.
 
   Bahagialah mereka yang diamnya berfikir,
   Memandangnya mengambil pelajaran,
   mendengarnya mengambil hikmah, dan
   dalam tindakannya mengenal indahnya ajaran Islam.


ROBI PANDUNUSA
SHARP SEMICONDUCTOR INDONESIA
Production Control Section
Karawang International Industrial City (KIIC) Lot F-3
Jalan Tol Jakarta-Cikampek Km.47, Karawang 41361, Indonesia
Phone : (021) 890-1512, (0267) 409-675, Global Phone : 8-057-103
Fax : (021) 890-1513, Global Fax : 60980
e-mail :
robi_p@ssi.global.sharp.co.jp

1 komentar: